Saturday, 24 May 2014

PETIKAN PUISI

Tajuk : Aku Tak Mahu Bercinta
oleh    : M. 'Ashikin


Aku tak mahu bercinta

takut terluka kerananya
jiwa pun tertekan dan terhimpit
sakit peritnya mencubit-cubit.


Bercinta sungguh membingungkan

kesasar memburu bayangnya
janji manis bukan satu jaminan
jika kulalai ditelan pesona.


Kasih sayang bertukar pudar

penyakit cemburu tak mudah ditawar
baik kujauhi saja mekar cinta
meski ia menguntum durinya tetap berbisa.

No comments:

Post a Comment