Bahagian 1
AKU melangkah keluar dari
perut kereta BMW series 3 milik kakakku, Haryati. Dia juga turut keluar dan
kami berjalan seiringan menuju ke rumah nenek Mariam. Nenek sudah sedia
menantiku di beranda rumahnya. Kami bersalaman dan berpelukan buat seketika.
Aku turut bersalaman dengan ahli keluarga yang lain.
“Nek Yam sihat?” soalku
setelah duduk di sisi nenek. Ahli keluarga yang lain juga duduk berhampiran
kami.
“Alhamdulillah, Nek Yam
sihat saja. Risya nak tahu tak, kami semua ridukan Risya. Tambahan lagi anak
mak ngah kamu tu. Kalau datang sini je mesti tanya Nek Yam, Risya ada datang
sini ke? Bila dia nak balik? Jemu la Nek Yam,” cerita nenek bersemangat. Kami
semua ketawa mendengar cerita nenek.
“Oh ya, mana Idla ye? Aqif
dengan Farish pun tak nampak.” Soal itu aku ajukan kepada mak ngah, ibu kepada
Idla.
Farish adalah anak mak
lang manakala Aqif pula merupakan anak angkat mak lang. Namun begitu, mereka
tak ubah seperti keluarga kandung. Aqif diambil sebagai anak angkat sejak dia
kematian ibunya. Ketika itu dia baru berumur 3 tahun. Ibu Aqif merupakan adik
kepada pak lang dan pak lang tidak punya adik-beradik yang lain.
“Farish dengan Aqif pergi
jemput Idla. Dia tak tahu yang kamu nak balik. Kami memang sengaja nak bagi
kejutan kat dia,” jawab mak ngah.
Rumah mak ngah tidak
begitu jauh dari sini. Cuma mengambil
masa 30 minit perjalanan sahaja. Rumah mak lang pula hanya bersebelahan dengan
rumah nenek. Cuma rumahku yang agak jauh dari sini.
Aku teringatkan
ketiga-tiga sahabatku itu. Antara mereka bertiga, aku terlalu rapat dengan
Idla. Segala rahsia dikongsi bersama. Cuma hubungan kami agak renggang setelah
aku melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Kami jarang berhubung kerana
Idla tidak mempunyai telefon bimbit.
Aku teringat pula kepada
Aqif. Walaupun dia hanya anak angkat, dia lebih manja dengan mak lang
berbanding abangnya, Farish. Farish? Aku mengeluh lemah. Dulu, lelaki itu
sering mengusikku. Lelaki yang lebih tua 2 tahun daripadaku itu sudah bergelar
usahawan sekarang. Disebabkan kesibukan masing-masing, sudah 3 tahun kami tidak
bertemu. Entah kenapa, ada rasa rindu di hati ini buat lelaki itu.
“Hai, termenung pulak.
Teringatkan buah hati dekat sana ke?” usik mak lang.
“Eh, ke situ pulak mak
lang ni. Mana Risya ada buah hati. Memandai je…” sanggahku. Masing-masing
ketawa dengan jawapan yang aku berikan. Aku tertunduk malu.
Seketika kemudian, sebuah
kereta Mercedes masuk ke perkarangan rumah nenek. Aku yakin sekali bahawa kereta
itu kepunyaan Farish kerana hanya dia
yang mampu membeli kereta seperti itu. Seorang gadis bertudung putih dan 2
orang lelaki yang simple berbaju
t-shirt keluar dari kereta.
Tatkala ternampak kelibat
aku, Idla terus meluru dan memeluk tubuhku. Ya Allah, rindunya aku pada Idla.
Aku tahu, Idla juga merinduiku. Kami melepaskan rindu dalam pelukan buat
seketika.
“Risya, kenapa tak bagi
tahu yang kau nak balik? Terkejut aku bila nampak kau tadi. Aku ingat kenapalah
2 ekor kambing tu jemput aku. Rupa-rupanya Risya ada kat sini,” ujar Idla. Dia
duduk di sebelah kiri nenek.
“Eh, apa kau cakap tadi
budak kecik? Kambing? Ooo… kau panggil kiteorang kambing ye. Siap kau!” Aqif
mula membuka langkah. Idla tidak menunggu lama lagi. Dia bangkit dan berlari di
segenap ruang. Mak ngah dan mak lang menggeleng melihat telatah mereka.
Perangai mereka yang kebudak-budakkan itu tidak pernah berubah. Nenek pula
sudah tergelak dengan gelagat mereka.
Farish menghampiriku. aku
mendongak memandang wajahnya. Dia tetap seperti dulu. Kelihatan kemas bergaya
dan semakin segak. Walaupun aku sedang berdiri kini, aku harus mendongak jika
ingin memandang wajahnya. Farish sememangnya lebih tinggi berbandingku. Persis
seperti ayahnya juga.
“Dah lama sampai?” soalnya
ramah.
“Tak adalah lama sangat,”
jawabku ringkas. Entah kenapa lidahku menjadi kelu untuk terus berbual
dengannya. Mungkin kerana sudah lama aku tidak bertemu dengannya membuatkan aku
terasa agak janggal. Tiba-tiba Farish membongkokkan tubuh. Wajahnya begitu
hampir sekali denganku. Dadaku mula berdebar. Tetapi aku cuba bersahaja.
“Kita keluar sekejap
boleh?” ujarnya perlahan. Bimbang jika ada orang lain yang menghidu perbuatan
kami. Aku tidak berfikir lama. Aku terus mengangguk tanda setuju.
“Mak, Rish nak bawa Risya,
Idla dengan Aqif keluar sekejap boleh?” semua mata tertumpu kepada Farish.
Farish berpura-pura tidak menyedari pandangan mereka. Idla dan Aqif sudah
berdiri di sisi Farish. Mak lang mengangguk membenarkan. Aku memandang Haryati.
Dia tersenyum penuh makna. Aku sendiri tidak tahu kenapa.
“Pergilah Risya. Farish,
nanti hantar Risya balik rumah terus ye? Akak tak boleh lama-lama kat sini.
Kesian abang Arif jaga Haryani sorang-sorang dekat rumah.”
“Baik kak,” jawab Farish.
Tanpa menunggu lama, kami
berempat masuk ke dalam perut kereta. Aku agak gementar kerana inilah kali
pertama aku duduk di sisinya. Sama ada aku mahupun Farish, masing-masing
membisu. Hanya Aqif dan Idla sahaja yang sedang berbual di tempat duduk
belakang.
Aku memandang Aqif
sekilas. Dia sekarang lebih pendiam berbanding dahulu. Alangkah indahnya jika
aku dapat kembali ke zaman kanak-kanakku. Dulu, kami berempat begitu akrab.
Kami bermain bermacam-macam permainan bersama tak kira permainan lelaki mahupun
perempuan. Paling menyeronokkan ketika bermain bola sepak.
Perangai aku ketika itu
juga seperti lelaki. Pantang ada yang tidak berpuas hati pasti akan terjadi
pergaduhan terutama dengan Aqif. Tetapi akulah yang selalu menang. Mungkin
kerana aku perempuan, jadi mereka kasihan kepadaku.
“Aqif buat apa sekarang?”
aku memecah kebisuan. Farish masih membisu di sisiku. Dia kelihatan tenang
memandu. Langsung tidak menghiraukan aku di sebelahnya.
“Kerja kilang ja. Nak
sambung belajar, result tak berapa
elok. Maklumlah, Aqif bukannya pandai pun,” jawab Aqif.
“Bukannya tak pandai tapi
pemalas,” Farish tiba-tiba menyampuk. 3 pasang mata tertumpu ke arahnya.
“Abang suruh study tak
nak. Asyik sangat nak main bola. Kalau dapat jadi wakil sekolah ke, tak apalah
jugak. Ni habuk pun tak ada,” sambung Farish lagi. Aqif menjeling tajam wajah
abangnya melalui cermin hadapan. Namun begitu, dia tidak membalas kata-kata
abang angkatnya.
“Tak cuba kerja dengan Ai…
er… Farish ke?”
Aku agak gagap tatkala
ingin menyebut nama lelaki itu. Dulu,
aku selalu memanggil nama depannya iaitu Airil. Hanya aku yang memanggilnya
begitu. Dia juga suka menyebut nama pangkalku. Tapi sejak beberapa tahun ini,
kami menyebut nama seperti biasa sahaja kerana ramai yang memanggil namanya
Farish.
“Tak minat,” jawab Aqif
ringkas.
“Idla pulak bila tamat
belajar?”
“Ada dalam setengah tahun
lagi,” aku mengangguk tanda faham. Umur Idla dan Aqif adalah 22 tahun. Mereka
muda setahun daripada aku sedangkan Farish berumur 25 tahun.
“Saya awak tak nak tanya
ke?”
Aku tersentak tatkala
Farish tiba-tiba bersuara. Aku berpaling ke arahnya. Namun, dia langsung tidak
menoleh walau hanya untuk seketika. Dia tetap seperti tadi.
“Awak kan dah jadi
usahawan berjaya sekarang. Buat apa nak tanya lagi. semua orang dah tahu,”
jawabku selamba.
“Bila awak habis
praktikal?”
“Ada lagi 2 bulan. Lepas
ni, Risya akan jadi guru tetaplah,” ujarku. Aku tersenyum sendiri. Akhirnya,
cita-citaku untuk menjadi seorang guru tercapai juga. Bukan guru biasa tetapi
guru di sekolah pendidikan khas.
“Berhenti!” tiba-tiba Aqif
menjerit. Serentak itu Farish menekan brek. Kereta berhenti dengan mengejut di
bahu jalan. Aku mengurut dada kerana terkejut.
“Kenapa?” soal Farish
cemas. Dia berpaling ke arah Aqif di tempat duduk belakang. Aqif kelihatan agak
gelabah.
“Er… Aqif nak abang
turunkan Aqif dengan Idla kat sini je…” jawab Aqif takut-takut.
“Aqif!” jerit kami bertiga
serentak.
“Aqif memang dah rancang
nak ajak Idla tengok wayang. Dah beli tiket dah pun. Kebetulan abang ajak
keluar Aqif ikut je la.”
“Pergilah,” kata Farish.
Dia malas mahu bertekak dengan adiknya itu. Aqif mula keluar dari kereta namun
Idla keberatan mahu mengikut. Setelah dirayu berkali-kali barulah dia setuju.
Aqif sudah berjanji akan menghantar Idla dengan menaiki teksi sehingga ke
hadapan rumahnya.
Farish kembali memandu.
Aku menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Selepas beberapa kali
berbuat demikian, barulah aku mulai tenang.
“Awak okey?” aku
berpaling. Adakah lelaki itu menyedari akan tindakanku sebentar tadi?
“Okey,” balasku ringkas.
Memang dari dulu, aku mudah terkejut. Farish juga tahu akan kelemahanku yang
satu ini. Dia amat prihatin akan diriku sejak dahulu lagi.
Farish memberhentikan
keretanya di bahu jalan. Aku memandang ke luar tingkap. Aku tergamam. Sawah
padi? Kenapa lelaki itu bawa aku ke sini? Kenapa aku tidak menyedari jalan yang
digunakan tadi?
Farish keluar dari kereta.
Aku turut melangkah keluar dan berdiri di sisinya. Di hadapan kami terbentang
sawah padi yang sedang menguning. Indah sekali pemandangan di sini. Sejak
kecil, Farish sering membawaku ke sini jika aku dalam kesedihan. Dia akan
mengusik dan cuba membuat agar aku ketawa. Tetapi, kenapa dia bawa aku ke sini
hari ini?
“Friesya…” aku tersentak
lantas mendongak. Saat itu, mata kami bertembung. Cepat-cepat aku melarikan
pandangan. Ya Allah, kuatkanlah imanku. Jangan biarkan aku tewas walau hanya
dalam renungannya.
“Friesya…” sekali lagi
Farish menyeru namaku. Nadanya yang lembut meresap ke lubuk hatiku. Kenapa
Farish menyebut namaku begitu? Kenapa Farish?
“Boleh tak panggil saya
Airil macam dulu? Saya teringin sangat nak dengar Friesya panggil nama tu,”
ujar Airil. Aku ketawa tiba-tiba. Aku mencubit lengannya lantas menjarakkan
diri dari tubuhnya. Jelas dia terkejut dengan perbuatanku itu.
“Awak ni kenapa erk? Buang
tabiat ee…” aku cuba mengusiknya.
“Memang pun. Saya dah nak
mati kot. Tu yang cakap yang bukan-bukan,” ujar Farish perlahan. Ish, apehal
pulak mamat ni. Cakap yang bukan-bukan ja. Saja nak main-mainkan aku ke ni?
Tiba-tiba Farish duduk
mencangkung. Dia seperti sedang mengambil sesuatu. Tatkala dia berpaling, aku
benar-benar terkejut apabila terdapat seekor belalang di tangannya. Dia
menghulurkan kepadaku. Tanpa menunggu lama, aku terus berlari menjauhkan diri.
Farish tidak membiarkan. Dia mengejar aku di sekeliling kereta.
“Jangan la Farish. Risya
takut. Farish…” aku merayu sambil berlari. Entah kenapa, aku terasa seperti
ingin menangis saat ini juga. Aku benar-benar takut akan belalang.
“Haha… kenapa lari ni?
Tunggu la. Belalang ni nak kawan dengan Friesya la.” Farish masih belum berpuas
hati. Dia masih mengejar langkahku.
“Airil! Cukup la!”
jeritku. Tiba-tiba kakiku tersepak sesuatu hingga aku terjatuh. Saat itu juga
air mataku mengalir deras. Aku menangis bukan kerana kesakitan akibat terjatuh
tetapi disebabkan ketakutan yang amat sangat.
“Friesya, Friesya okey ke?” Farish cuba membantuku. Dia
memaut tanganku namun dengan pantas aku menepisnya.
“Lepaslah! Airil please… jauhkan benda tu…”
“Airil dah buang pun. Dah
la, mari Airil tolong.” Airil cuba memimpinku. Tetapi aku tidak berjaya untuk
berdiri. Kakiku terasa sakit sekali. Mujurlah Farish cepat memautku. Jika
tidak, pasti aku akan terjatuh.
“Kaki Friesya terseliuh
ni. Airil bawa ke klinik ye?” tiba-tiba Farish mengangkat tubuhku. Aku terkejut
dengan tindakannya.
“Airil, turunkan Risya.
Risya boleh jalan sendiri lah!” aku mula memberontak. Namun, Airil tidak
peduli. Dia mengangkatku dan diturunkan perlahan-lahan tatkala hampir dengan
pintu kereta.
“Hantar Risya balik
rumah.”
“Sudah. Kali ni dengar
cakap Airil. Kita ke klinik. Jangan nak membantah lagi.” tegas kata-kata
Farish.
Aku berpeluk tubuh dan
membuang pandang ke luar tingkap. Aku tahu, Farish prihatin terhadap diriku.
Memang dari dulu perangainya begini. Dia suka membantu sesiapa sahaja. Cuma,
aku rasa ada kelainan setiap kali dia membantuku. Kenapa agaknya? Atau, ini
hanya perasaanku saja?
Bahagian 2
LAGU bertajuk ‘Menanti’
nyanyian Mila berkumandang di ruang kamarku. Aku memandang ke luar jendela.
Menikmati keindahan pada waktu pagi yang indah ini. dalam suasana begini, hanya
satu yang terlintas di fikiranku. Airil! Kenapa dia yang aku ingat? Benarkah
aku menyukainya? Tak mungkin. Dia sepupu dan juga sahabatku sejak kecil lagi.
kenapa perlu ada perasaan begini?
“Idla bagi tahu farish
yang Risya sukakan dia ye?” kata-kata Idla beberapa tahun dahulu
terngiang-ngiang di telingaku. Memang aku ada memberitahu Idla tentang
perasaanku terhadap Farish. Tetapi, aku fikir semua itu hanya suka-suka biasa.
Cinta monyet kata orang. Tambahan lagi, kami sangat rapat sewaktu kecil.
Aku mengurut kakiku
perlahan. Terbayang di ruang mataku saat Farish mendukung aku buat kali yang
kedua untuk dibawa masuk ke klinik. Jelas kerisauan di wajahnya walaupun kakiku
tidaklah seteruk mana.
“Friesya, Airil minta maaf
sangat sebab tadi. Airil tak sangka boleh jadi macam ni,” ujar Airil ketika
dalam perjalanan menghantarku pulang. Aku buat tidak peduli. Geram juga apabila
memikirkan kembali apa yang telah terjadi.
“Fiesya, please…” Airil mula merayu.
“Dah la. Risya maafkan.
Tapi Airil kena janji yang Airil takkan buat macam tu lagi. Risya takut tahu
tak?” aku sebenarnya bukanlah pandai merajuk sangat. Tambahan pula, apabila
dirayu sebegitu.
“Salah Risya jugak. Ril
suruh panggil Airil je pun tak nak. Okeylah,
Ril janji takkan buat lagi. friesya…” aku mengangkat wajah memandang matanya
yang bundar.
“Sebenarnya, Airil ada
sesuatu nak bagi tahu Risya. Er…”
“Apa dia?” soalku. Airil
mula kelihatan gugup. Apa agaknya yang ingin disampaikan? Tiba-tiba telefon
bimbitku berbunyi. Cepat-cepat aku menjawab.
“Wa’laikumussalam, kenapa
Ash?”
“Ash ada kat Kedah
sekarang ni. Melawat mak cik Ash. Kebetulan Ash kat sini, boleh tak kita
jumpa?”
“Mestilah. Tapi bila?”
“Esok?” alamak, kenapa
cepat sangat. Dah la kaki aku sakit lagi ni.
“Insya-Allah. Nanti
apa-apa hal Risya call okey?”
“Okey, see you…” aku mematikan talian.
Tumpuanku kembali tertumpu kepada Airil.
“Apa yang Airil nak cakap
tadi?”
“Siapa Ash?” Airil kembali
menyoal.
“Dia kawan Risya dekat
maktab dulu,” jawabku ala kadar. Kenapa agaknya? Takkan dia cemburukan aku
dengan Ashriq. Dia bukannya sukakan aku pun.
“Risya tak ada buah hati
lagi ke?” soalan itu membuatku tersentak. Aku pantas menggeleng. Memang ada
yang cuba memikatku. Namun, aku hanya menganggap mereka sebagai teman. Aku
masih belum bersedia untuk menerima sesiapa. Tetapi, kalau Airil… setelah itu,
Airil tidak lagi seramah tadi. Dia lebih banyak membisu. Aku hairan dengan
sikapnya yang jauh berbeza dari dulu. Selesai minum, dia terus menghantarku
pulang ke rumah dan membiarkan aku dengan pelbagai persoalan.
“Risya.” Aku terkejut dari
lamunanku. Cepat-cepat aku membuka pintu kamarku. Haryati masuk dan duduk di
birai katilku. Wajahnya agak sugul hari ini. Kenapa agaknya? Aku mencapai
tangan Haryati dan kuusap lembut. Aku tahu dia punya masalah. Disebabkan aku
terlalu rapat dengannya, dia sering meluahkan segala masalahnya kepadaku tak
kira soal apa sekalipun.
“Kenapa Kak Yat? Ada
masalah ke?”
“Akak bergaduh dengan
Abang Ariff,” jawab Haryati perlahan. Jelas tergambar kesedihan di wajahnya.
“Kenapa pulak? Bukan ke
selama ni akak dah okey dengan dia?
*Nantikan bahagian 2 ya...(^_^)
*Nantikan bahagian 2 ya...(^_^)
No comments:
Post a Comment