Saya selalu mengelak daripada Mr.F. Tapi, makin saya mengelak makin dia cuba mendekat. Yang saya paling tak tahan, kawan baik saya dan semua ahli kumpulan yang lain asyik bagi peluang pada kami berdua. Mungkin mereka tahu bahawa Mr. F sedang mencuba nasib. Mungkin juga Mr. F sendiri yang mengarahkan supaya rakan-rakan yang lain tidak mengganggu.
Semakin lama saya semakin rimas dengan kelakuan dia. Ke mana saya pergi dia pasti ada dan jaraknya terlalu hampir dengan saya. Dia cuba menonjolkan kematangan dan sikap prihatinnya kepada saya sedangkan umurnya lebih muda setahun daripada saya. Hmm... Pelik, pelik. Macam mana orang yang lebih muda daripada saya boleh suka pada saya? Selama 4 hari di sana, saya tersangatlah rimas walaupun ada aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Setelah tamat kem tersebut, saya ingat saya sudah dapat menarik nafas lega. Rupanya tidak. Ketika di sekolah, dia masih cuba mendekati saya. Sampailah sanggup mengganggu ketenteraman kawan saya semata-mata untuk mendapatkan nombor telefon saya. Apabila melihatkan kesungguhan Mr. F, saya jadi kesian. Jadi, saya buat keputusan untuk berkawan dengannya walaupun pada awalnya saya sangat membenci dia.
Dipendekkan cerita, apabila beberapa bulan berkawan, hati saya mula rasa sesuatu. Rasa apa? Hmm.. suka la,,hihi.. sekadar 'suka' okey? tak lebih pun. Apabila saya sudah selesa dengannya, dia tiba-tiba menyepi. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan. Saya tidak pasti kenapa. Pengakhiran bagi cerita ini, semuanya terhenti begitu sahaja...hikhik...jangan marah ya. Saya sendiri tak pasti tentang hal ini. Cuma selepas dia tidak lagi menghantar mesej, saya juga turut menyepi..
Haha...jangan marah ya kalau tak best. Bagi saya, ini hanyalah permulaan. Belum wujud rasa cinta itu. Sekadar rasa suka biasa. Tambahan lagi, saya masih muda dalam mengenal erti cinta.. Nak tahu tentang cinta pertama saya? Hihi... Tunggu....!
No comments:
Post a Comment