HATIMU
DI HATIKU
Aku meletakkan barang-barang yang sudahku beli di atas bangku. Adikku
turut melabuhkan punggung di sisiku. Aku melihat jam di pergelangan tanganku.
Sudah hampir pukul 5 petang. Peluh yang mula menitis di dahi kuseka dengan lengan
baju kurung.
“Kak Yat, lambat lagi la bas sampai. Risya
pergi beli air dulu ye?” ujar Risya tiba-tiba.
Aku hanya mengangguk. Risya mula melangkah
meninggalkan aku keseorangan. Aku hanya menghantarnya dengan ekor mata.
Tiba-tiba aku teringatkan seseorang. Seorang lelaki yang berjaya menggoyahkan
perasaan ini suatu ketika dahulu. Bagaimana agaknya keadaan dia sekarang?
Meranakah dia dengan apa yang telah aku lakukan?
Barang-barang yang baru dibeli kurenung
sekilas. Semuanya adalah barang-barang untuk majlis pertunanganku. Aku
mengeluh. Andai dia adalah lelaki yang bakal menjadi tunangku, pasti aku akan
rasa begitu bahagia saat ini. Namun, aku belum mampu merasai kebahagiaan itu.
Kebahagiaan aku hanyalah jika dapat bersama dengan lelaki yang bernama Daniel
Haziq! Deringan telefon mematikan lamunanku. Pantas aku mengeluarkan telefon
daripada beg tanganku. Aku terkedu tatkala melihat nama di skrin. Lelaki itulah
yang acap kali hadir dalam mimpiku. Kenapa tiba-tiba dia menghubungiku?
Bukankah dia sendiri sudah sedia maklum bahawa aku bakal menjadi tunangan
orang?
Lambat-lambat aku menjawab panggilannya.
Ucapan salam yang lembut darinya membuatkan jantungku bergetar. Aku amat
merindui suara itu. Ingin sekali aku
bertemu dan menatap wajah itu. Tapi tak mungkin semua ini terjadi.
“Wa’alaikumussalam…” jawabku perlahan. Entah
kenapa lidahku tiba-tiba terasa kelu. Dia juga hanya membisu dihujung talian.
Mungkin juga dia sepertiku, tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Tapi, jika
hanya ingin membisu begini, mengapa dia perlu menghubungiku?
“Abang nak jumpa Yat sekarang.” Usulnya
tiba-tiba setelah lama membisu.
“Tapi Yat…”
“Please sayang. I want to talk something with
you. Yat kat mana sekarang?”
“Stesen bas, Baling…” aku pantas menekup
mulutku. Ya Allah, kenapa aku perlu memberitahunya sedangkan aku tidak ingin
bertemu dengannya lagi? Kenapa aku tidak boleh menipu jika bercakap dengannya?
“Baguslah kalau macam tu. Abang pun ada kat
Baling sekarang ni. Yat tunggu kat situ ye.”
Belum sempat aku menjawab, dia telah mematikan
talian. Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Perlukah aku bertemu dengannya dan
mendengar penjelasannya? Tapi, aku tahu apa pun alasannya tidak mampu untuk
mengubah semua ini. Aku harus terima hakikat bahawa Haziq bukan milikku! Hanya
keajaiban yang mampu mengubah semua ini.
“Hah, mengelamun pulak. Teringatkan abang
Ariff ee…” Risya cuba mengusikku. Kehadirannya tidakku hiraukan. Aku masih
keliru. Perlukah aku bertemu dengannya? Berkali-kali soalan itu menerjah
mindaku. Namun aku masih belum punyai jawapan. Ah, aku tak mungkin mampu untuk
berhadapan dengannya lagi setelah apa yang telah berlaku.
“Risya, jom balik. Kita naik teksi, cepat
sikit sampai.” Ujarku. Risya kelihatan kebingungan. Aku aku segera bangun dan
menarik tangannya agar mengikutku. Namun Risya enggan. Dia merenungku dengan
seribu tanda tanya. Akhirnya aku mengalah. Risya sudah dapat menduga sesuatu.
Aku terpaksa memberitahunya mengenai panggilan daripada Haziq.
“Akak, akak perlu jumpa dia. Bagi dia peluang.
Risya yakin dia masih cintakan akak.” Risya cuba memujukku. Risya adalah
satu-satunya adikku di dunia ini. Dia jugalah tempat untukku meluahkan
segalanya. Dia benar-benar memahami. Aku tersenyum memandangnya.
“Risya, walau apapun yang cuba diterangkan
oleh Abang Aziq, semua ni tetap tak akan berubah. Akak tetap akan berkahwin
dengan Ariff.” Aku cuba menjelaskan kepada Risya. Risya tidak membantah lagi.
Dia terpaksa juga mengikutku. Aku berjalan pantas untuk mendapatkan teksi
secepat mungkin. Aku tidak mahu Haziq menemuiku.
“Yat!” Langkahku mati tiba-tiba tatkala suara
itu memanggilku. Aku tak mampu untuk terus melangkah. Kakiku kaku seolah-olah
tidak membenarkan aku bergerak dari situ. Aku menarik nafas perlahan-lahan.
Cuba mencari kekuatan. Aku berpaling ke arahnya. Sayu sekali hatiku apabila
memandangnya. Dia kelihatan tidak terurus.
“Yat, please
give me a chance.” Rayu Haziq. Aku diam seketika. Akhirnya aku bersetuju
untuk memberinya peluang. Haziq dan Risya menuju ke kedai makan Lazaria
sedangkan aku cuba menghubungi Ariff Haikal, bakal tunangku. Dia perlu tahu
tentang pertemuan ini. Ariff juga sudah tahu akan hubunganku dengan Haziq
sebelum ini.
“Atie pergi dengan siapa? Tak baik
berdua-duaan dengan dia. Kalau tak ada orang lain biar Riff temankan. Atie kat mana sekarang?” soalnya
setelah aku memberitahu akan pertemuanku dengan Haziq.
“Tak payah la. Lagipun Risya ada temankan
Atie. Riff jangan la risau.” Aku cuba
menyedapkan hatinya.
“Baiklah kalau macam tu. Take care.” Aku
kembali memasukkan telifon ke dalam beg dan segera melangkah ke arah mereka
yang sedang menantiku. Aku duduk di sisi Risya dan berhadapan dengan Haziq.
Tiga gelas air sudah tersedia di atas meja. Segelas sirap limau dan dua gelas
teh ais untuk aku dan Haziq. Aku tak pasti siapa yang memesannya untukku. Tidak
hairan jika Haziq yang memesannya kerana dia tahu minuman kegemaran kami adalah
sama.
Sepi mula menyelubungi suasana di meja makan
kami. kami menikmati air masing-masing. Risya sahaja yang masih belum meneguk
airnya. Mungkin dia tidak haus kerana sudah minum sebentar tadi. Tiba-tiba
Risya bangun dari kerusinya.
“Err…sakit perut la. Risya ke toilet kejap
ye.” Usai berkata begitu, dia terus menghilang. Geram aku dengan sikapnya itu.
Dia tidak sepatutnya membiarkan kami berdua-duaan begini. Tapi, mungkin juga dia
tidak mahu mengganggu perbualan kami.
“Abang nak meminang Yat.” Ucapan yang lancar
keluar dari mulut Haziq membuatkan aku tergamam. Lidahku menjadi kelu untuk
bersuara. Haziq dengan beraninya mencapai tanganku dan digenggamnya.
“Abang sayangkan Yat. Abang tak sanggup
kehilangan Yat. I very love you sayang. Benarkan abang meminang Yat…” ujarnya
sayu. Hatiku benar-benar tersentuh mendengar kata-katanya. ‘Yat juga tak
sanggup berpisah dengan abang. Yat terlalu menyintai abang. Hanya abang
satu-satunya lelaki yang bertahta di hati Yat.’ Ingin sahaja kata-kata itu aku
luahkan. Tetapi, ia hanya tersekat di kerongkong. Aku pantas menarik tanganku
dari terus digenggamnya.
“Maaf. Semuanya dah terlambat. Yat akan jadi
tunang orang minggu depan.” Aku menundukkan wajah. Tak mampu untuk terus
memandang wajah yang penuh mengharap itu.
“Please Yat. Yat belum bertunang. Semuanya
belum terlambat. Kita masih ada peluang.”
“Habis? Abang nak Yat batalkan semua ni? Macam
mana Yat nak bagi tahu mak dengan ayah? Diorang dah suka dengan Ariff. Mereka
tak mungkin terima abang. Abang, tolonglah… tolong lupakan Yat.” Ada getaran
dalam suaraku. Aku cuba mengawal perasaanku. Aku perlu kuat! Kali ini dia
memegang bahuku. Aku tidak mampu untuk menolak.
“Yat, pandang abang. Tenung mata abang!” aku
mendongakkan wajahku perlahan-lahan. Mata kami bertentang.
“Yat, abang nak Yat jawab soalan ni dengan
jujur. Abang sedia terima apa pun jawapan dari Yat. Tapi tolong jangan tipu
abang…” dia diam seketika. Aku masih membisu. Menanti kata-kata seterusnya.
“Betul ke Yat dah tak cintakan abang?” aku tak
dapat menahan sebak tatkala Haziq menanyakan soalan itu. Mutiara-mutiara jernih
mula membasahi pipi. Tiada jawapan dariku. Hanya esakan kecil yang kedengaran.
Dia masih setia menanti jawapan dariku. Perlahan-lahan dia menyeka air mataku
dengan hujung jarinya.
“Jangan menangis sayang. Abang tahu sayang
masih cintakan abangkan? Mengakulah Yat. Cakap pada abang yang Yat masih
cintakan abang.” Aku menggeleng pantas.
“Kak Yat. Kenapa menangis ni?” aku pantas
bangun dan menarik tangan Risya yang baru sampai. Risya hanya menurut tanpa
banyak soal. Panggilan daripada Haziq tidakku endahkan. Air mata yang merembes
keluar tidakku hiraukan. Mujurlah waktu itu ada sebuah teksi yang berhenti.
Kami terus masuk ke dalam perut teksi. Wajah Haziq masih mengisi di segenap
ruang fikiranku.
* * * * * *
Selesai mengemas, aku menuju ke kedai makan
berhampiran tempatku bekerja.Aku memesan makanan seperti biasa. Sedang asyik
aku mengunyah, seorang lelaki duduk di hadapanku. ‘Ish, kenapa la dia duduk
sini? Bukannya tak ada tempat lain. Banyak lagi meja kosong dalam kedai ni.’
Ngomel hatiku.
“Hai.” Dia menyapa. Aku hanya tersenyum dan
meneruskan suapanku. Sesekali aku mencuri pandang wajahnya yang kelihatan
berselera dengan hidangannya. Aku seperti pernah melihatnya sebelum ini. Bukan
sekali tapi lebih. Tapi aku tak pasti di mana aku menemuinya. Mungkin juga dia
salah seorang pembeli di pasar raya tempatku bekerja.
“Dah lama awak kerja kat situ?” pertanyaannya
yang tiba-tiba membuatkan aku tersentak.
“Hah?” tak semena-mena perkataan itu keluar
dari mulutku. Dia ketawa kecil. Aku malu sendiri dengan sikap gelabahku.
“Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak.
Jadi, hari ni saya buat keputusan untuk dekati awak. Saya nak sangat kawan
dengan awak. Boleh?” aku terus mengangguk tanpa berfikir panjang. Alamak! Yang
aku setuju tu kenapa? Siapa dia pun aku tak kenal. Terus ja nak jadi kawan. Ah,
lantaklah. Lagi pun kawan ja. Jangan melebih-lebih sudah.
“Thanks, saya Daniel Haziq. Disebabkan awak
lebih muda daripada saya, awak boleh panggil saya Abang Aziq.” Dia
memperkenalkan dirinya. Abang? Ee… gelinya. Tapi tak apalah, memang dia nampak
tua sikit pun. Hehehe… jahatnya aku ni.
“Saya Haryati Salina. Kawan-kawan panggil Yat
ja.”
“Kalau abang panggil sayang boleh?” soalannya
memeranjatkan aku. Ish, ni yang aku tak suka ni. Mengada-ngada betul. Aku terus
bangun dan melangkah keluar dari kedai itu. Aku mula rasa rimas dengan
kehadirannya.
Keesokan harinya, aku pergi ke kedai makan itu
seperti biasa. Lelaki itu ternyata datang lagi untuk menemaniku makan
tengahari. Aku langsung tidak mengendahkannya sehinggalah aku selesai menjamu
selera. Sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar, dia cepat-cepat menahan.
“Abang nak nombor telefon sayang boleh?” aku
tidak menghiraukannya lantas menyambung langkahku semula. Dia mengejarku.
“Sayang, please…”terasa lucu tatkala mendengar
dia memanggilku sayang. Tetapi, aku rasa kesian pula mendengar rayuannya. Dia
kelihatan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nombor telefonku. Mahu tak mahu,
aku terpaksa memberikannya juga.
Mulai saat itu, dia kerap menghubungiku. Aku
makin selesa berteman dengannya. Ternyata, dia bukan seperti yang kusangkakan.
Dia seorang lelaki yang baik. Perasaan sayang begitu cepat bercambah dalam
hatiku.
Beberapa bulan selepas itu kami terpaksa
berpisah. Aku menyambung pelajaranku di Kuala Lumpur. Selama 2 tahun kami tidak
bertemu. Setelah tamat belajar, kami bertemu semula dan hubungan kami menjadi semakin intim. Dia juga telah meluahkan rasa cintanya
padaku. Aku benar-benar rasa bahagia saat itu. Dia juga tak pernah berhenti
memanggilku dengan panggilan sayang sehinggakan dia lupa akan nama sebenarku.
Cuma ada kalanya dia memanggilku Yat kerana kerap mendengar Risya memanggilku
Kak Yat. Kata Haziq, nama tak penting dalam sesuatu hubungan. Yang penting
perasaan yang wujud dalam hati kami. Hai, entah apa-apalah mamat sorang tu.
“Kak Yat, menung apa tu? Kita dah sampai ni.”
Aku tersentak. Tidak sangku aku boleh terkenang kembali peristiwa lalu.
“Berapa pak cik?” soalku kepada pemandu teksi.
“Berapa apa pulak? Risya dah bayar la. Tu la,
mengelamun lagi. Dah, jom keluar.” Aku tersenyum sendiri. Malu…
* * * * * *
Aku merebahkan tubuhku di atas tilam.
Sengal-sengal mula terasa di seluruh tubuh. Aku baru sahaja pulang dari
mengajar di sekolah tadika. Mujurlah sekolah ini menyediakan asrama untuk para
guru. Jadi, tidaklah aku perlu berjalan jauh untuk ke sekolah. Aku merenung
cincin di jari manisku. Sudah 6 bulan kami bertunang. 2 minggu lagi kami akan
diijab kabulkan. Kenapa begitu cepat masa berlalu? Aku belum bersedia untuk
menjadi seorang isteri. Lebih tepat jika aku katakan, aku belum sedia untuk
menjadi isteri kepada Ariff Haikal.
Aku masih merindui Haziq. Sejak bertemu di
Baling tempoh hari, cuma sekali aku menghubunginya untuk menjemputnya ke majlis
perkahwinanku. Belum sempat dia berkata lebih banyak, aku cepat-cepat mematikan
talian. Itulah kali terakhir aku mendengar suaranya. Dia juga tidak cuba untuk
menghubungiku lagi. Adakah dia sedang cuba untuk melupakanku? Jika benar,
baguslah. Dia harus terima kenyataan bahawa kami tiada jodoh. Dia tak boleh
lagi menyimpan perasaan terhadapku. Begitu juga denganku. Tapi… aku tak mampu.
Biarlah dia tetap di hatiku selamanya.
Deringan telefon mengejutkan aku dari lamunan.
Aku terus menjawab setelah melihat nama di skrin.
“Assalamualaikum, Tie. Riff dah sampai. Tie
keluar sekarang ye.” Aku menjawab salamnya dan segera menemuinya di luar
kawasan asrama. Dia menghulurkan bungkusan makanan kepadaku. Aku pantas
menyambut.
Sejak kami bertunang, Ariff sering menghantar
makanan kepadaku. Aku tidak pernah meminta tetapi dia sendiri yang ingin
menghantarnya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untukku. Ariff… dia memang
seorang lelaki yang baik. Namun, kebaikannya itu masih belum bisa membuatku
untuk menyintainya. Belum ada walau secebis pun cintaku untuknya. Ini kerana,
hanya Daniel Haziq yang berjaya mengusik hati ini!
“Thanks.” Aku ingin kembali melangkah masuk
tetapi dia memanggilku.
“Kenapa?”
“Muka Tie nampak pucat. Atie sakit ke?” jelas
tergambar kerisauan di wajahnya. Dia benar-benar prihatin terhadap kesihatanku.
“Atie okey. Cuma penat je. Riff jangan la
risau.”
“Mana tak risau. Muka Tie nampak pucat sangat.
Riff tak nak Tie sakit. Lagi pun hari perkahwinan kita dah dekat. Nanti tak
pasal-pasal kena tangguh. Kita ke klinik ye?” aku pantas menggeleng.
“Atie okey. Atie masuk dulu ye.” Aku kembali
melangkah.
“Atie, tunggu!” sekali lagi langkahku mati.
Aku berpaling kepadanya.
“Tie, Riff ada satu permintaan. Riff harap
sangat Tie boleh tunaikan.” Aku menanti kata-kata seterusnya dari Ariff .
“Riff nak Tie panggil Riff abang. Bukan nama
lagi macam sekarang. Lagi pun kitakan dah nak jadi suami isteri tak lama lagi.”
Pinta Ariff. Lama aku membisu. Ini bukan kali pertama dia memintaku agar
memanggilnya dengan panggilan abang agar lebih mesra. Cuma aku belum bersedia.
Abang? Serta merta aku teringatkan Haziq.
Hanya lelaki itu seorang yang aku panggil abang. Terasa berat untukku turuti
permintannya. Akhirnya, aku terpaksa mengangguk. Jelas terpancar keceriaan di
wajahnya. Aku hanya tersenyum.
“Tie masuk dulu ye bang.”
“Take care. Kalau ada apa-apa jangan lupa coll
abang.” Aku segera melangkah masuk tanpa berpaling lagi. ‘Ya Allah, kenapa
denganku ini? Aku seharusnya bersyukur kerana bakal mendapat suami yang begitu
baik terhadapku. Kenapa aku tak pernah menghargai pemberian-Mu ini? Berdosakah
aku?’
Makanan yang dibelinya kuletakkan di atas
meja. Perutku masih belum terasa lapar. Aku kembali membaringkan tubuh di atas
katil. Entah kenapa aku cepat terasa letih sejak belakangan ini. Mungkinkah
kerana sibuk menyiapkan persiapan perkahwinanku?
Fikiranku mula melayang jauh. Mengimbau
kembali saat pertama mengenali Ariff. Tika itu,aku berkawan rapat dengan Syafiq
Aiman. Dialah yang memberi nombor telifonku kepada Ariff. Sejak itu Ariff mula
mendekatiku dan kami semakin rapat. Tapi aku tidak menyangka Ariff serius
terhadap hubungan kami.
Setelah hampir 5 bulan berkenalan,dia
menyatakan hasratnya untuk meminangku. Awalnya aku menolak dengan alasan belum
bersedia padahal aku sedang menunggu Haziq. Arif rela menanti sehingga aku
benar-benar bersedia. Haziq sebenarnya sudah bertemu dengan emak dan ayah. Tapi
dia masih belum sedia untuk meminangku kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.
Haziq bekerja sebagai askar. Dia tidak punya wang yang banyak . Kerana itulah
dia belum meminangku. Dia dalam usaha menyimpan duit.
Setelah sekian lama menanti Haziq, akhirnya
aku memberi peluang kepada Ariff untuk mengenali emak dan ayahku. Setelah
keluarga Ariff dan keluargaku bertemu, mereka terus menetapkan tarikh
pertunangan kami iaitu 2 minggu lagi. Aku agak terkejut dengan kenyataan itu.
Akhirnya aku terpaksa mengalah. Emak dan ayah sudah menyukainya.
* * * * * *
Aku
mencapai telefon bimbitku di atas meja solek. Aku cuba menghubungi Syafiq. Hari
ini aku akan diijabkabulkan. Aku bakal menjadi isteri kepada Ariff Haikal.
Lelaki yang tak pernah kucintai.
“Fiq,
kau datang tak hari ni?” soalku agak gelisah.
“Fiq
on the way ni. Kenapa macam cemas je
ni?” Cemas? Ya,memang aku cemas. Aku masih tidak percaya dengan apa yang
sedangku lalui saat ini. Semuanya bagai satu mimpi yang buruk. Sukar untukku
percayainya.
“Atie,
kenapa ni?” soal Syafiq setelah aku lama membisu.
“Err…
Fiq tau tak Aziq kat mana? Dia… datang x?” soalku teragak-agak. Syafiq
sebenarnya teman lama Haziq. Aku juga tidak menyangka semua ini satu kebetulan.
“Sebenarnya,
fiq dah bagi tau yang Tie kawin hari ni. Tapi… dia tak nak datang.” Jawab
Syafiq serba-salah. Benarkah apa yang kudengar? Mungkinkah Haziq benar-benar
ingin melupakanku? Tapi kenapa dia tak ingin hadir pada hari aku bakal
diijabkabulkan? Sekurang-kurangnya dia patut hadir untuk mengucapkan tahniah
atau… bawa aku lari dari sini!
“Tie,
Fiq letak dulu ye. Dah nak sampai ni.”
“Okey.”
Jawabku ringkas.
Tiba-tiba
pipiku terasa basah. Ya Allah, aku menangis lagi! Kenapa aku harus menangis
tatkala mengingati Haziq? Kenapa aku tak boleh melupakan dia?
“Kak
Yat, kenapa ni?” Risya yang baru masuk ke kamarku terus menerpa ke arahku.
“Kak
tak tahu. Akak…” aku tak bisa bersuara lagi. Tangisanku semakin menjadi-jadi.
Aku terus memeluk Risya. Adikku tak henti-henti menyuruhku bersabar. Risya
pasti sudah mengerti apa yang sedang kurasai. Setelah aku mula rasa tenang,
barulah aku meleraikan pelukan.
“Dah
la akak. Abang Ariff lelaki yang baik. Dia pasti boleh bahagiakan akak. Pasal
Abang Haziq tu, kalau dia betul-betul cintakan akak tentu dah lama dia halang
perkahwinan ni. Tapi akak tengok la. Hubungi akak pun dia tak pernah. Akak coll
pun dia tak jawab. Akak, sabar ye.” Aku hanya mengangguk.
Setelah
solat asar di masjid, barulah ijab kabul dimulakan. Aku dapat mendengar lafaz
yang diucapkan. Dengan sekali lafaz aku sudah sah menjadi isterinya. Benarkah
semua ini? Tak, tak mungkin! Tiba-tiba kepalaku terasa berpinar. Aku meletakkan
tangan di dada. Terasa sakit sekali di situ. Tubuhku terasa melayang. Sekelip
mata semuanya menjadi gelap!
* * * * *
"Dia mengalami kerosakan hati di sebelah
kirinya. Ia masih di peringkat awal. Namun, jika dibiarkan ia akan merebak. Jadi,
dia perlu segera dibedah. Kita perlu mencari penderma secepat mungkin." Suara
itu sayup-sayup menyapa pendengaranku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Dimana
aku sekarang?
"Alhamdulillah. Akak dah sedar, "
terdengar suara Risya. Emak, ayah dan seorang doktor berada di sisiku.
"Kita bincang di bilik saya," doktor
itu keluar bersama emak dan ayah. Aku dapat melihat wajah keruh mereka. Teruk
benarkah sakitku ini?
"Abang Ariff?" Aku menyoal Risya.
“Lepas hantar akak tadi dia balik dulu.
Katanya nak tukar baju. Kejap lagi sampai la tu,” jawab Risya. Aku mengangguk
tanda mengerti. Tak sangka aku telah menyusahkan lelaki itu.
Sejak hari itu, aku terpaksa tinggal di
hospital. Ramai saudara mara dan kawan-kawan yang datang melawatku. Syafiq juga
pernah beberapa kali datang bersama Arif. Cuma sekali sahaja dia datang seorang
diri. Aku mengambil kesempatan itu untuk bertanya mengenai Haziq.
“Aku dah bagi tahu dia yang kau ada kat
hospital. Tapi dia tetap dengan perangai dia la. Kau mesti paham kan? Lepas tu
aku coll lagi tapi dia tak angkat. Aku pun dah lama tak jumpa dia.,” itulah
jawapan daripada Syafiq. Aku rasa amat kecewa sekali. Tidak tergerakkah hatinya
untuk melawatku?
Sudah 2 minggu aku berada di hospital. Dalam
waktu itu Haziq tidak pernah sekalipun melawatku. Hanya Ariff yang setia
menemaniku. Aku sebenarnya menanti penderma yang sesuai. Aku tidak yakin, masih
adakah harapan untukku terus hidup? Jika aku bisa terus hidup, dapatkah aku
merasai nikmat bahagia?
Hari ini aku nekad. Aku menghubungi Haziq
dengan menggunakan telifon bimbit milik Risya. Jika Haziq tahu aku yang
menghubunginya, tentu dia tidak akan menjawab. Aku menanti dengan penuh
debaran. Akhirnya, panggilanku dijawab.
“Assalamualaikum…” suara garaunya itu
menggetarkan jiwaku.
“wa’alaikumussalam… abang, ni Yat. Tolong
jangan letak telefon. Please…” aku merayu. Kali ini dia tidak membantah. Cuma
dia membisu di hujung talian.
“Abang, Yat tak kisah kalau abang tak nak
cakap dengan Yat. Yat juga tak kisah kalau abang nak lupakan Yat sekalipun.
Memang itu yang Yat nak abang lakukan. Lagipun Yat dah jadi isteri orang. Cuma
satu Yat mintak… Yat nak jumpa abang buat kali yang terakhir. Sebelum Yat tutup
mata… tolong datang jumpa Yat, please…” Sepi. Haziq masih membisu. Apa yang
sedang difikirkannya? Berat sangatkah permintaanku yang satu ini?
“Abang cintakan Yat,” Aku tergamam mendengar
ucapan yang tiba-tiba itu. Serentak itu talian terputus. Adakah Haziq sengaja
mematikannya? Tapi kenapa? Aku benar-benar tidak mengerti. Apakah yang cuba
Haziq jelaskan? Aku keliru!
* * * * * *
Aku benar-benar gembira hari ini. Bukan kerana
aku akan mendapat hati baru, tapi kerana Haziq akan datang. Dia ingin bertemu
denganku sebelum aku dibedah. Itulah yang Syafiq katakan. Aku tidak risau lagi.
Jika ditakdirkan aku tidak dapat diselamatkan, aku tetap rasa bahagia kerana
dapat melihat wajah Haziq buat kali yang terakhir.
“Maaf sebab abang tak lawat sayang…er…Yat
selama ni.”
“Tak apa. Abang datang hari ni pun Yat dah
cukup gembira.”
“Abang doakan Yat selamat. Mungkin lepas ni
kita takkan jumpa lagi. Abang akan pergi jauh dari sini. Abang harap Yat akan bahagia dengan Ariff dan keluarga Yat.”
Kata-katanya memeranjatkan aku. Pergi jauh? Adakah kerana ingin membawa hatinya
yang terluka? Tapi kemana? London, Korea, jepun, atau New Zealand?
“Abang nak pergi mana?” aku meluahkan
kekeliruanku. Dia tersenyum manis. Lapang hatiku melihat senyuman itu. Sudah
lama dia tidak senyum begitu.
Haziq mencapai tanganku dan digenggam erat.
Aku tidak pula menolak. Aku rasa bahagia saat ini. Aku langsung tidak teringat
bahawa kami tidak boleh bersentuhan. Lagi pula aku sudah menjadi isteri orang!
“I love you…” soalanku tidak dijawab tapi
ucapan itu yang keluar dari bibirnya. Aku jadi sebak tiba-tiba. Terasa
benar-benar akan kehilangannya. Benarkah kami tidak mungkin bertemu lagi?
Aku lantas merangkul tubuhnya. Aku menangis
teresak-esak. Aku benar-benar takut untuk kehilangannya tika ini. Haziq turut
membalas pelukanku. Aku dapat merasakan air hangat menitis di bahuku. Itukah
air mata lelaki yang bernama Daniel Haziq? Ya, dia juga sedang menangis!
“Yat sayangkan abang. Yat tak sanggup berpisah
dengan abang. Yat pun masih cintakan abang…” semakin kuat pula tangisku ketika
mengucapkan kata-kata itu.
Haziq meleraikan pelukanku. Air mataku
disekanya buat sekian kalinya. Aku turut menyeka air matanya. Ada senyuman yang
terukir di bibirnya. Ya Allah, kenapa terlalu sukar untukku melepaskan dia
pergi?
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Risya sudah
melangkah masuk ke dalam dan memberitahuku bahawa keluargaku dalam perjalanan
ke sini. Mereka ingin bertemuku sebelum aku dibedah. Haziq terus keluar setelah
membisikkan sesuatu di telingaku membuatkan air mataku gugur lagi.
“Selamat tinggal, sayang…”
Sesungguhnya kata-kata itulah yang tidak ingin
kudengar. Lambaiannya membuatkan hatiku makin hiba. Adakah itu lambaian
terakhir untukku? Aku juga dapat melihat air matanya turut minitis!
* * * * * *
Semuanya gelap gelita. Aku cuba membuka mataku
perlahan-lahan. Terasa perit sekali. Seluruh tubuhku terasa sakit. Tambahan
lagi di bahagian dadaku yang baru dibedah. Apabila mataku berjaya dibuka, aku
dapat melihat wajah-wajah ceria emak, ayah, Ariff, Syafiq dan…
Aku mencari Risya. Rupa-rupanya dia sedang duduk
di atas sofa sambil menangis. Kenapa dengan adik kesayanganku itu? Bukankah dia
juga patut gembira seperti mereka semua?
“Risya…” panggilku perlahan. Risya mengangkat
wajahnya.renungannya kelihatan sayu sekali.
“Atie, kami keluar dulu ye? Ada sesuatu yang
Risya nak bagi tahu,” ujar Ariff. Dia mencium dahiku sebelum melangkah keluar
diikuti oleh yang lain. Risya yang sedang menangis terus menerpa dan memelukku.
“Au…”
“Eh, sorry akak. Risya tak sengaja,” Risya
segera meleraikan pelukan.
“Tak apa. Kenapa Risya menangis ni?” Risya
tidak menjawab. Dia mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya. Dia
menghulurkan sepucuk surat dan sebuah kotak kecil yang berbalut kemas. Aku
menyambutnya.
“Risya tak tahu macam mana nak cakap. Akak
bacalah sendiri isi surat tu. Semua jawapan yang akak nak ada dalam tu. Walau
apapun Risya rasa bersalah sangat sebab tuduh dia macam-macam. Risya dah jumpa
dia tadi, dia dah bagi tau semuanya… Risya keluar dulu.”
Kata-kata Risya membuatku semakin keliru. Apa
semua ini? Aku membuka surat itu terlebih dahulu.
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, sayang selamat juga akhirnya.
Maafkan abang, Yat. Sebenarnya abang memang nak meminang Yat selepas kita
bertemu di Baling tempoh hari. Tapi abang terpaksa batalkan di saat-saat akhir.
Sayang… abang terpaksa. Abang dapat tahu bahawa
abang mengidap barah otak. Abang tak mungkin dapat hidup lebih lama. Kerana
itulah abang cuba menjauhkan diri daripada sayang. Abang harap sangat sayang
bahagia dengan Ariff. Abang yakin dia boleh jadi suami yang baik buat sayang.
Sayang, abang rasa bahagia selama bersama dengan
sayang. Sayang adalah cinta pertama dan terakhir abang. Terima kasih kerana
bagi abang peluang untuk merasai betapa indahnya saat bercinta. Terima kasih
juga atas segala-galanya.
Haryati Salina, cincin ini khas buatmu. Jagalah
ia sebaik-baiknya sebagai kenangan. Kita tak mungkin bertemu lagi. Ini kerana,
abang sudah tiada lagi di dunia ini ketika sayang membaca warkah ini.
Akhir kata, hatiku di hatimu. Jagalah hati abang.
Ingatlah, abang sentiasa di hati sayang. I love you…
Yang
selamanya dihatimu,
Daniel
Haziq
Laju sahaja air mataku mengalir di pipi. Haziq
mengingati nama penuhku! Tangisanku semakin kuat. Hanya tuhan saja yang Maha
Mengetahui perasaanku ketika ini. Semua persoalanku sudah tejawab! Air mataku
semakin galak mengalir. Tiada siapapun yang dapat menenangkanku saat ini.
Semuanya sudah terlambat. Aku benar-benar telah kehilangannya…
‘Ya Allah, kenapa begitu berat dugaan ini?
Kenapa aku harus kehilangannya buat selama-lamanya? Betapa terseksanya jiwa
ini…’
* * * * * *
Aku merenung cincin di jariku. Bukan cincin
pemberian Haziq, tapi cincin perkahwinanku dengan Ariff. Walaupun aku tidak
memakai cincin pemberian Haziq, aku tetap menyimpannya dengan baik. Cincin itu
tak perlu berada di jariku. Cukuplah hanya dalam simpananku. Yang penting saat
ini, ‘hatinya di hatiku’.
Aku meletakkan tanganku di dada. Hati ini
adalah hati Haziq. Kini, sudah 5 bulan Daniel Haziq meninggalkan aku dan dunia
ini. Aku juga sudah bisa menerima Ariff Aiman. Walaupun belum wujud cinta di
hati ini buatnya, aku tetap akan cuba. Aku akan cuba menyintainya, walaupun
cinta itu tidak seutuh cintaku terhadap Haziq. Aku tetap akan cuba! Itu
janjiku.
“Sayang dah siap? Jomlah,” aku tersentak saat
Ariff masuk ke kamar. Aku menghadiahkan senyuman buatnya. Dia turut
membalasnya.
“Sebelum ke Langkawi, kita ke kubur Haziq dulu
ye?” pintaku lembut.
“Baiklah.” Dia mengusap kepalaku yang
bertudung. Kemudian dahiku dicium. Aku rasa sebak. Ariff benar-benar menyayangi
dan memahamiku. Walaupun dia tahu segala-galanya tentang aku dan Haziq, dia
tetap menerimaku seadanya.
“Abang sayangkan Atie,” ucapnya mesra.
“Atie pun sayangkan abang…” ujarku sejujurnya.
Aku memang sudah mula menyayanginya. Aku juga akan menyintainya suatu hari
nanti.
“Abang, Kak Yat. Cepat la!” jerit Risya dari
bawah. Kami sama-sama ketawa. Kami segera turun dan memasukkan barang-barang ke
dalam bonet kereta. Kami bersalaman dengan emak dan ayah.
“Jaga diri baik-baik kat sana,” pesan ayah.
“Baik ayah.” Jawab aku dan Ariff serentak.Kami
segera bertolak ke kubur Haziq. Aku cuba menahan sebak.
‘Abang, Yat akan mulakan hidup Yat yang baru.
Yat akan cuba menyintai Ariff. Tapi abang jangan risau. Cinta abang tetap utuh di hati Yat kerana… HATIMU
DIHATIKU.’ Akhirnya menitis juga air mata ini…
No comments:
Post a Comment