Saturday, 24 May 2014

CERPEN : KERANA AYAH

“Isya, tunggu dulu!” Arisya tersentak. Dia melajukan langkah apabila menyedari Firdaus masih mengejarnya sejak dia keluar dari dewan kuliah lagi. Dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu mengejarnya. Jika ingin bertanya tentang pelajaran kenapa tidak ketika di dalam dewan tadi? ‘Tolong la jangan ganggu aku. Pergi!’ Bentak hatinya.Arisya berasa seperti mahu menangis saat itu juga. Namun dikuatkan hatinya. Tanpa sedar dia terlanggar seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan. Arisya terduduk di atas lantai.
“Awak okey ke?” soal Khairil,lelaki yang dilanggarnya tadi. Mujur la dia tidak jatuh. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu Arisya bangun. Tatkala melihat huluran itu, serta-merta jantung Arisya berdegup kencang. ‘Dia tipu. Dia bukan nak tolong aku! Dia jahat!’ Dengan pantas Arisya menepis tangan lelaki yang tidak dikenali itu. Cepat-cepat dia bangun dan melangkah untuk beredar dari situ. Namun, dengan pantas lelaki itu memaut lengannya.
“Hey, awak ni tak ada adab ke hah? Dah la langgar saya tak minta maaf. Saya nak tolong awak tak nak pulak. Lepas tu awak nak pergi macam tu saja? Mak ayah awak tak pernah ajar ke…”
Pang! Khairil kaku. Firdaus yang baru tiba di situ  turut terdiam. Dia tidak menyangka gadis pendiam dan lemah lembut seperti Arisya tanpa segan silu menampar Khairil di hadapan pelajar lain. Tatkala tersedar akan kesilapan diri, Arisya merentap tangan kirinya dari pegangan Khairil dan berlari meninggalkan tempat itu bersama linangan air mata.
“Kau okey ke Khai? Kuat jugak aku tengok dia tampar kau tadi.” Soal Firdaus. Dia tidak berniat untuk mengejar gadis itu lagi.
“Boleh tahan. Kau kenal ke perempuan tu?” Firdaus mengangguk. Dia memberitahu bahawa gadis itu bernama Arisya. Tujuan Firdaus mengejar Arisya tadi kerana mahu memulangkan nota yang dipinjamnya. Tetapi entah kenapa dia lari tiba-tiba apabila Firdaus memanggilnya. Firdaus tidak tahu banyak tentang Arisya. Apa yang dia tahu, Arisya memang tidak suka didekati oleh mana-mana lelaki. Dia juga mendapat tahu bahawa ibu Arisya sakit. Namun dia tidak pasti apa sakit ibunya. Semua maklumat itu Firdaus perolehi daripada Intan, teman rapat Arisya. Khairil tekun mendengar cerita tentang diri gadis itu.
Arisya meluru masuk ke dalam perut kereta milik ayah Intan yang setia menantinya. Dia tersenyum ke arah Intan serta Datuk Helmi. Dia cuba berlagak tenang seperti biasa. Memang sudah menjadi rutin setiap hari dia akan dihantar dan diambil oleh pemandu ayah Intan. Ini kerana Intan juga belajar dalam bidang yang sama dengannya. Tambahan lagi, rumah mereka berhampiran. Arisya banyak terhutang budi kepada Intan sekeluarga. Apabila sampai, intan meminta izin ayahnya untuk bertemu dengan ibu Arisya sebentar. Datuk Helmi tidak membantah.
“Er… Datuk jemputlah masuk dulu,” pelawa Arisya. Datuk Helmi menurut. Sebenarnya sudah berkali-kali Datuk Helmi melarang Arisya memanggilnya dengan panggilan Datuk, tetapi Arisya tidak mahu. Terasa janggal katanya. Arisya masuk ke bilik ibunya bersama Intan sementara Datuk Helmi hanya menanti di ruang tamu. Arisya dan Intan menyalami tangan ibu yang kelihatan seperti baru bangun daripada tidur.
“Eh, Intan pun ada. Isya, ibu ada masak lebih sikit hari ni. Ajak Intan makan sekali ye?” ujar ibu. Arisya mengangguk. Dia mempelawa Intan dan Datuk Helmi makan di situ. Mereka tidak menolak.
“Isya, Aidil tak balik lagi ke? Ibu masak makanan kegemaran dia hari ni. Tentu dia suka.” Soal ibu ketika mereka sedang menjamu selera. Wajahnya kelihatan berseri-seri ketika menyebut nama Aidil. Namun, soalannya itu membuatkan Arisya, Intan dan Dtuk Helmi tersentak. Arisya membisukan diri. Apabila tiada reaksi daripada anaknya, ibu menyoal Intan pula. Intan hanya mampu menggeleng lemah.
“Kamu semua makan dulu ye.” Ibu terus membasuh tangannya dan beredar ke ruang tamu. Dia berdiri ke muka pintu. Arisya mengikut ibunya. Intan dan ayahnya menghabiskan sisa makanan mereka.
“Ibu nak tunggu Aidil. Isya pergi la temankan mereka makan.” Ujar ibu. Saat itu menitis air mata Arisya.
“Ibu, jangan macam ni bu. Abang  Aidil dah tak ada. Dia dah meninggal!” agak tinggi suara Arisya sambil digoyang-goyangkan tubuh ibunya agar ibu sedar akan hakikat itu. Sudah berkali-kali dia memberitahu ibunya bahawa Aidil sudah meninggal. Namun ibunya tidak pernah mahu menerima hakikat itu. Ibu terduduk tatkala mendengar kata-kata Arisya. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Tak mungkin! Aidil masih hidup!
“Ibu, kita masuk dulu ye. Ibu kena makan ubat…” suara Arisya mula mengendur. Dia cuba memujuk ibunya. Air mata yang masih bersisa pantas  diseka. Dia memimpin ibunya masuk ke bilik. Ibu tertidur setelah menelan ubatnya. Arisya mengelus lembut wajah ibu.
“Bipolar disorder. Untuk pengetahuan Isya, bipolar disorder ni sejenis penyakit jiwa tetapi bukan gila. Moodnya cepat berubah-ubah. Contohnya, perasaan yang sangat gembira kepada rasa sedih yang amat sangat ataupun sebaliknya. Dia juga mungkin akan nampak bayangan-bayangan lain.”
Kata-kata Dr.Izham suatu ketika dahulu terngiang-ngiang di telinganya. Semua ini berpunca daripada ayahnya sendiri! Ayah punca semua ini terjadi. Ayah memang kejam! Peristiwa 8 tahun yang lalu kembali terlayar di ruang matanya. Ketika itu usianya baru 12 tahun.
Arisya menanti ayahnya di hadapan sekolah seperti biasa. Namun hari itu ayahnya sudah lewat sejam. Abang Karim yang kebetulan melalui kawasan itu menumpangkan Arisya. Ini bukanlah kali pertama dia menumpangkan Arisya. Sebelum ini juga pernah beberapa kali jika ayah Arisya tidak dapat menjemputnya. Namun, kali ini niatnya bertukar jahat. Dia membawa Arisya ke satu kawasan ladang kelapa sawit dan cuba merogolnya.
Belum sempat dia membuka bajunya, satu tumbukan tepat mengenai mukanya. Arisya yang sedang menangis teresak-esak hanya mampu melihat ayahnya bertarung dengan Abang Karim. Mujurlah ayahnya ada mempelajari ilmu silat suatu ketika dahulu. Abang Karim yang sudah cedera parah berlari meninggalkan tempat itu.
Ayah menghulurkan tangan untuk membantu Arisya bangun. Arisya menyambut huluran ayahnya dan dia dibawa pulang ke rumahnya. Ketika itu tiada sesiapa pun di rumah. Ibu pergi membantu di rumah kenduri manakala abangnya pula pergi ke kelas tambahan. Ayahnya tiba-tiba sahaja menunjukkan taringnya. Arisya dibawa ke dalam biliknya dan cuba diperkosa. Tetapi, belum sempat ayah melakukan apa-apa pintu bilik ditendang dari luar. Rupa-rupanya Aidil pulang awal dari biasa. Dia meluru ke bilik itu tatkala mendengar jeritan adiknya.
Aidil yang cuba menyelamatkan adiknya tidak dapat melawan kehebatan ayahnya. Apalah dayanya yang baru berusia 14 tahun itu ditambah pula dengan tubuhnya yang kecil. Ayah yang mula geram dengan tindakan Aidil mencapai pisau buah di atas meja dan ditikam tubuh itu.
“Aidil!” serentak ayah dan Arisya berpaling. Ibu yang sedang berdiri di muka pintu terus berlari dan memangku tubuh Aidil yang berlumuran darah. Ayah yang masih terkejut dengan perbuatannya sendiri terus berlari meninggalkan rumah. Namun, nasib tidak menyebelahinya. Ayah kemalangan betul-betul di hadapan rumah. Itulah hari terakhir arisya dapat melihat wajah ayah  dan Aidil. Sejak itulah sikap ibu mula berubah. Semuanya berpunca daripada seorang lelaki yang digelar ayah!
“Isya…” Arisya tersentak. Dia berpaling ke arah Intan yang berdiri di muka pintu. Intan memberitahunya bahawa dia ada tetamu. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Datuk Helmi sedang berbual dengan Firdaus dan seorang lagi temannya. Arisya agak terkejut melihat lelaki itu.
“Saya datang sebab nak pulangkan nota Isya. Oh ya, ni kawan saya, Khairul.” Firdaus memperkenalkan. Arisya menunduk memandang lantai. Dia sudah silap menilai Firdaus. Dia fikir, lelaki itu ada niat buruk terhadapnya.
“Isya, Intan tahu kau benci pada semua lelaki sebab ayah kau kan? Tapi Isya perlu tahu, bukan semua lelaki macam tu. Lagipun…”
“Maafkan Isya! Isya tahu Isya salah menilai lelaki selama ni. Disebabkan ayah, Isya benci pada semua lelaki. Isya minta maaf…” potong Arisya sambil matanya memandang Firdaus dan Khairil bersilih ganti. Dia amat berharap agar mereka memaafkan kesilapannya. Firdaus dan Khairil tersenyum dan mengangguk serentak.
“Kami maafkan Isya. Kita boleh jadi kawan kan? Saya Khairil.” Ujar Khairil. Arisya tersenyum senang. Manis sekali senyumannya di mata Khairil. Arisya menyambut huluran persahabatan daripada Khairil itu.
“Arisya Dawina.” Balasnya ringkas. Arisya berpaling pula kepada Datuk Helmi. Dicapai tangan tua itu dan disalaminya.
“Datuk, Isya nak minta maaf. Selama ni Isya masih menaruh syak wasangka pada Datuk. Tapi sekarang Isya yakin yang Datuk seorang ayah yang baik. Maafkan Isya…” menitis lagi air mata Arisya saat itu.
“Sudah la Isya. Kita ni dah macam sebuah keluarga. Isya juga anak ayah. Ayah faham apa yang Isya lalui sebelum ni. Mulai hari ni, anggaplah ayah sebagai ayah kandung Isya sendiri.”

“Terima kasih, ayah…” ucap Arisya penuh rasa syukur.

No comments:

Post a Comment