Biarkan peristiwa itu berlalu,
teruskan langkah kakimu,
menuju ke puncak impian,
harapan yang layu dikuburkan tanpa pusara,
kerana tidak mahu jejak silam terus memburu,
menghantui setiap detik dan ketika...
biarkan aku mengejar mimpi baru,
yang pasti menjengah sinar,
tak kira siang mahupun malam,
pastikan terus menyinar terang,
itulah harapan dan impian,
setinggi langit yang membiru,
izinkan aku bahagia,
tanpa ada lagi bayangan silam,
yang mengetuk memori semalam...
No comments:
Post a Comment